Face Book

Wan Mohd Shahir's Facebook profile

Thursday, September 25, 2008


Selamat Hari Raya diucapkan pada My Love(isteri nih..), Mr_sukur, Oni, Fara Ed, Sansepa@Soki, Scafferz, member2 n semua yang membaca blog ini..kepada Mr_Sukur, cadangan untuk 'merogol' rumah soki beramai2 tu agak menarik, nanti akan diconfirmkan balik..tp insyaAllah...Malam nanti aku akan bertolak balik kampung org umah aku, Raya kedua baru blk kampung aku lak..

Selamat Hari Raya Geng....

Haramkan Pemakaian Tudung

Monday, September 15, 2008 10:31:38 AM
Subject: Haramkan Pemakaian Tudung

Haramkan tudung?? Baca sampai habis, pastu komen isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di malaysia. Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di ipta dan ipts di malaysia ini berikutan dengan faktor faktor kesihatan.

Ini kerana pelajar pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini.

Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yg kurang dan menyebabkan kepala yg melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yg tidak memakai tudung.

Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ni sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yg sekiranya tidak deteliti tidak akan nampak.adakah kerajaan malaysia takut akan hal ini.yang dulu begitu marah terhadap singapura yg memberhentikan 2 org murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah.

Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja kan. sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.

Sekarang malaysia sanggup mengHARAMKAN pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa apa dengan isu ini.

Ini kerana semuaya terletak di tangan menteri menteri di malaysia. bagaimana pula dengan Pak Lah yg selalu menjadi imam di masjid masjid adakah die juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. jadi bagaimana seorang imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.

Bagi pihak universiti islam antarabangsa Malaysia (UIAM). International islamic university malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi.universiti ini dahulu yg mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini.

MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama islam. kiniboleh mengharamkan pemakaian tudung di malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita islam wajib memakai tudung. isu ini sengaja tidak digembar gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun ape-ape reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. adakah malaysia sudah lemah... .

pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah.

Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-

1)TUDUNG SAJI

2)TUDUNG PERIUK

3)TUDUNG TERMOS

4)TUDUNG CAT

dan bagi jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian.

Wednesday, September 24, 2008

Komputer, I Love U







duke jangan jadi camni.. stronghold extreme tu x ke mana.. pegi lah keluar menghirup udara segar hehe

Masalah Sosial dan Keruntuhan Akhlak Remaja di Kuala Terengganu











gambar hanya lah hiasan semata - mata..

Apa yang berlaku? :

1.remaja jauh dari ajaran islam dan adat melayu
2.remaja tidak solat dan tidak berpuasa
3.remaja tidak menghormati masyarakat dan orang disekeliling
4.remaja semakin berani berpeleseran antara lelaki perempuan
5.remaja perempuan semakin berani mendedahkan aurat seperti memakai pakaian yang ketat, tidak bertudung atau bertudung tetapi tidak melabuhkan tudung di bahagian dada, memakai pakaian yang membentuk susuk badan dan mewarnakan rambut.
6.remaja berpelukan di atas moto tak kira siang dan malam.
7.remaja terjebak dengan dadah
8.remaja terlibat dalam lumba haram
9.remaja merempit
10.remaja terlibat dengan jenayah contoh curi moto, pecah rumah.

Kenapa ini terjadi:

1.kurang didikan agama
2.kurang perhatian daripada ibu bapa
3.masyarakat yang tidak prihatin dan cakna
4.tiada penguatkuasaan agama
5.kurang penguatkuasaan dari pihak berkuasa

kesan jangka pendek:

1.lebih ramai remaja yang berani melakukan maksiat secara terang terangan
2.lebih ramai remaja yang terjebak dengan dadah
3.remaja tidak malu dan tidak hormat kepada ibu bapa, orang yg lebih tua dan masyarakat sekeliling
4.remaja semakin jauh dari adat dan ajaran islam

kesan jangka panjang

1.lebih ramai remaja terlibat dengan zina
2.lebih ramai akan lahirkan anak luar nikah
3.jenayah buang bayi akan meningkat di kuala terengganu
4.perpecahan masyarakat
5.tuduh menuduh di antara satu sama lain
6.fitnah berleluasa
7.jenayah semakin meningkat
8.tiada lagi perpaduan
9.ajaran islam dan adat melayu semakin pupus
10.kaum melayu semakin mundur dari berbagai aspek dan tidak dihormati lagi
11.tiada maruah bagi umat islam dan kaum melayu
12.turun bala dari allah swt

bagaimana untuk menanangi masalah ini?

1.dekatkan anak – anak dengan agama bermula dari mereka kecil hingga mereka baligh
2.beri didikan agama yang mencukupi
3.ibu bapa harus memberi perhatian kepada anak – anak
4.ibu bapa harus meluangkan masa bersama anak – anak
5.pastikan ibu bapa tau dengan siapa anak – anak berkawan dan keluar bersama
6.pastikan ibu bapa tahu aktiviti anak – anak
7.tunjukkan teladan yang baik kepada anak – anak
8.masyarakat harus cakna akan hal remaja
9.masyarakat harus bimbing remaja ke jalan yang benar
10.nasihat menasihati di antara satu sama lain
11.bersama – sama mencegah kemungkaran

Tuesday, September 23, 2008

Testistrom Utk Hari Raya


Selamat Hari Raya
Happy Eid Mubarak

12






11






10






9






8






7







6





5





4






3





2






1



brought by testifriendster

Ada Apa Dengan Kotex Mu




Sudah… maafkan aku… segala salah ku
Dan bila kau tetap bisu ungkapkan salahmu

Dan aku… kotex ku, dan aku datang bulan ku…
Dan aku… kotex ku, dan aku selesa ku…

Sudah… lupakan semua… segala berubah
Dan kita terlupa… dan kita terluka (keluar darah)

Dan aku… kotex ku, dan aku datang bulan ku…
Dan aku… kotex ku, dan aku selesa ku…

Reff :

Kutanya tokei kedai… dapatkah kau bagi ku kotex
Perbedaan yang tak terungkapkan dengan jenama lain
Tapi mengapa kau tak bagi kotex
Ada apa dengan kotex mu…

Oh hanya malam…
Dapat meleburkan segala rasa
Yang tak terungkapkan (tak selesa)
Tapi mengapa kau tak bagi kotex
Ada apa dengan kotex mu

=

hakcipta tak terpelihara, boleh di ejas bila2 masa dan mengikut citarasa anda 2008

Selamat Berhari Raya


raya bersama duke tahun ini tak tau lagi camne. tahun lepas camne ek duke? u x pegi umah i, i pun x pegi umah u. kita ada ke jumpa kat mana2? i dah lupa la. i ni pelupa betol. x kisah la, yang penting tahun ni kita kena pegi "rogol" rumah sansepa. kita bagi cukup2 kat satay beliau ok.. di kesempatan ini i mengucapkan selamat hari raya buat u, hati2 drive balik kg ok..

Super Soldier

My Superhero Name is Super Soldier.
Take The Superhero Name Generator today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.

Monday, September 22, 2008

Bila Cuti Raya Lama Sangat

jangan cuti lama-lama sangat...hehehehe

Sekiranya anda superhero..

nak tau apa nama anda sekiranya anda superhero? adakah super trump? super sukur? mommy otai? klik kat sini

http://rumandmonkey.com/widgets/toys/namegen/765/

Sunday, September 21, 2008

Indian Student

It was the first day of a school in USA and a new Indian student named

Chandrasekhar Subramanian entered the fourth grade.


The teacher said, 'Let's begin by reviewing some American History.

Who said 'Give me Liberty, or give me Death'?

She saw a sea of blank faces, except for Chandrasekhar, who had his hand up:

'Patrick Henry, 1775' he said.

'Very good!'



Who said 'Government of the People, by the People, for the People, shall not perish from the Earth?'

Again, no response except from Chandrasekhar.

'Abraham Lincoln, 1863' said Chandrasekhar.



The teacher snapped at the class, 'Class, you should be ashamed.

Chandrasekhar, who is new to our country, knows more about its history than you do.'

She heard a loud whisper: 'F*ck the Indians,'


'Who said that?' she demanded. Chandrasekhar put his hand up.

'General Custer, 1862.'



At that point, a student in the back said, 'I'm gonna puke.'

The teacher glares around and asks 'All right! Now, who said that?'


Again, Chandrasekhar says,

'George Bush to the Japanese Prime Minister,1991. '


Now furious, another student yells, 'Oh yeah? Suck this!'

Chandrasekhar jumps out of his chair waving his hand and shouts to the teacher,

'Bill Clinton, to Monica Lewinsky,1997! '


Now with almost mob hysteria someone said 'You little sh!t. If you say anything else, I'll kill you.'


Chandrasekhar frantically yells at the top of his voice,'

Michael Jackson to the child witnesses testifying against him- 2004.'


The teacher fainted. And as the class gathered around the teacher on the floor, someone said , 'Oh sh!t, we're f*cked!'

And Chandrasekhar said quietly,

I think it was George Bush, Iraq, 2007.'

Fakta atau Auta?

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. :)

Besar Buah Dari Batang Oni

Pilihan nama-nama Jepun

NAMA JEPUN

Kalau yang sedang boring-boring tu tak tau nak buat apa, dalam kepala otak asyik fikir POLITIK, REFORMASI dan lapar dahaga sahaja, apa kata kita berhibur sikit dengan lawak nama jepun ni.

01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

14. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI

15. Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOO BAUKARI

advert 2