JANTINA ANAK DARI HUBUNGAN KELAMIN
Para ilmuan Islam terdahulu berpendapat bahawa sifat tertumpahnya nutfah ke rahim sewaktu jima', iaitu dari segi samaada mani suami atau isteri terdahulu keluarnya dari banyaknya, melambangkan jantina anak yang akan lahir dari perlakuan jima' tersebut. Perbincangan mengenainya boleh dirujuk dalam kitab 'Ubab'.
Menurut Sheikh Ajhuri, anak dijadikan oleh Allah s.w.t. dari mani lelaki dan mani perempuan. Jika manai lelaki itu banyak daripada mani perempuan, maka anak yang bakal dilahirkan itu akan menyerupai bapanya dan jika mani perempuan yang lebih banyak maka akan menyenrupai ibunya.
Menurut Sheikh Ibnu Hajar dalam Syarh Bukhari, bahawa keadaan anak itu samada menyerupai bapanya atau ibunya bergantung kepada enam keadaan.
1. Mani lelaki dahulu keluar dan lebih banyak, anak yang bakal lahir adalah anak lelaki yang menyerupai bapanya.
2. Mani perempuan dahulu keluar dan lebih banyak, anak yang bakal dilahirkan adalah (lelaki) yang menyerupai ibunya.
3. Mani lelaki dahulu keluar, tapi mani perempuan yang banyak, bakal anak yg dilahirkan adalah anak perempuan menyerupai ibunya.
4. Mani perempuan dahulu keluar, tapi mani lelaki banyak, bakal anak yang dilahirkan adalah anak perempuan menyerupai bapanya.
5. Mani lelaki dahulu keluar dan sama banyak dengan mani perempuan, bakal anak yang dilahirkan adalah lelaki yang tiada serupa dengan bapanya atau ibunya.
6. Mani perempuan dahulu keluar dan sama banyak dengan mani lelaki, bakal dilahirkan anak perempuan yang tiada serupa dengan bapa atau ibunya.
Tersebut juga di dalam Syarh Hadis sekiranya tiada dikatahui samada keluar atau tidak mani kedua-duanya maka anak yang bakal lahir itu adalah lelaki dan perempuan (tidak dapat ditentukan jantinanya)
Apabila diteliti akan tanda-tanda pengenalan ini, disedari bahawa amatlah sukar bagi dipastikan mani suamikah atau isteri yang keluar dahulu dan mani siapa terlebih banyak. Menurut seksologi moden, perempuan hanya mengeluarkan satu ovum pada satu pusingan haid dan sperma lelaki berenang menuju ovum itu bagi bersenyawa. Kemungkinan besar bahawa apa yany dimaksudkan dengan keluarnya mani itu ialah inzal, kerana inzal boleh terdahulu terkemudian. ..
_
0 comments:
Post a Comment