Islam
1.mentauhidkan Allah, patuh, tunduk dan jujur hati kepada – Nya serta beriman kepada ajaran – ajaran Allah swt yang di bawa oleh Nabi Muhammad s.a.w
2.mengakui tentang keEsaan Allah swt
3.melaksanakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya
4.mengerjakan dengan sempurna semua rukun – rukun Islam yang difardhukan serta ajaran – ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w
Iman
1.membenarkan dengan hati dan berikrar dengan lisan serta beramal dengan ajaran – ajaran Allah s.w.t yang di bawa oleh Nabi Muhammad s.a.w
2.seorang yang beriman mesti melibatkan 3 unsur iaitu :
a)mengakui di dalam hati bahawa Islam adalah agama benar
b)menyatakan dengan lidahnya bahawa Islam adalah agama yang benar
c)mengamalkan ajaran – ajaran yang terkandung dalam syariat Islam
3.mesti memahami serta menghayati rukun – rukun Iman dengan penuh yakin meliputi kepercayaan tentang keEsaan Allah, kewujudan para malaikat, kitab – kitab Allah, para Rasul, hari akhirat serta Qada dan Qadar
Ihsan
1.melakukan ibadat dengan khusuk, ikhlas dan yakin bahawa Allah sentiasa mengawasi apa yang dilakukannya
2.melakukan ibadat dengan ikhlas semata – mata kerana Allah
3.melakukan ibadat dengan teratur dan sempurna
4.merasa nikmat dengan keseronokan semasa melakukan ibadat
5.sentiasa mengingati Allah dan memuji – Nya dan menyedari Allah sentiasa mengawasi
6.Antara sifat – sifat org muslimin:
a)mendirikan solat pada waktu malam dan akhir malam
b)memberikan sebahagian harta kepada orang miskin bagi memenuhi keperluan mereka
c)jihad di jalan Allah dengan jiwa dan harta
d)mengikut semua ajaran Rasullullah s.a.w
e)sentiasa memberi kemaafan
f)sabar
perkara yang merosakkan akidah
di antaranya:
1.melakukan perkara – perkara yang jelas menyekutukan Allah dengan makhluk sama ada kepercayaan, perkataan dan perbuatan seperti percaya ada perkara lain yang berkuasa selain daripada Allah swt
2.menyembah kepada selain daripada Allah. Seperti berhala, patung dan lain – lain
3.melakukan amalan – amalan kerana yang lain daripada Allah seperti untuk mendapat pujian dan lain – lain
4.mengingkari kuasa Allah, kenabian Nabi Muhammad s.a.w
5.mempersendakan hukum Allah seperti menafikan kewajipan sembahyang, puasa dan lain – lain
6.melakukan perbuatan yang meyerupai orang kafir seperti salib dan sebagainya.
Ibadah wajib
1.adalah ibadah – ibadah yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim yang cukup syarat – syaratnya
2.orang Islam akan dibebankan dengan dosa jika tidak melakukannya
3.ibadah mesti dilaksanakan dengan sempurna mengikut syarat – syarat yang ditetapkan
4.ibadah wajib adalah
a)mendirikan solat 5 waktu sehari semalam
b)menunaikan zakat
c)berpuasa di bulan Ramadhan
d)mengerjakan Haji ke Mekah jika berkemampuan
Saturday, October 11, 2008
Konsep Islam, Imam dan Ihsan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment