sebelum ni saya tak kisah sangat tentang email spam ni memandangkan email spam sebelum ini menghantar spam supaya saya login ke akaun maybank, cimb bank dan yang membuat saya tak kisah sebab saya tak mempunyai akaun tersebut. tetapi kali ini mereka menghantar spam untuk rhb bank, akaun yang boleh dikatakan saya akses setiap hari. perkara ini mungkin remeh bagi sesetengah orang yang sudah tahu hal ini tetapi bagi mereka yang tidak tahu bagaimana pula nasib mereka?
(klik pada imej untuk melihat dengan lebih jelas)
(email yang kononnya dari RHB BANK)
=
sila lihat dengan teliti web address untuk login ke akaun "palsu" dan bandingkan dengan web address ORIGINAL RHB BANK..
(web RHB BANK yang dipalsukan oleh mereka)
(web RHB BANK yang ORIGINAL)
bayangkan jika anda tidak berhati - hati tanpa melihat web address dan terus login.. kemungkinan besar duit di dalam akaun anda akan hilang begitu sahaja selepas mereka mendapat login ID dan PASSWORD anda...
p/s:jangan sesekali cuba untuk mencuba memasukkan ID dan password walaupun anda tahu itu adalah web tiruan, palsu, clone etc..
Monday, April 6, 2009
Pemilik Akaun RHB Bank Perlu Berhati - hati
Posted by
biskutliat
at
6:49 PM
0
comments
Labels: internet, Jenayah Berat, pc, pengetahuan am, Tips and Trick
Wednesday, October 15, 2008
Pasangan suami isteri mati akibat disembelih

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, ACP Mazlan Lazim (kanan) melihat tong tempat mayat dijumpai dalam kejadian bunuh di Kampung Sungai Peria, Bukit Chengal dekat sini, hari ini
KOTA BAHARU: Pasangan suami isteri rakyat Thailand yang dibunuh dengan kejam semalam disahkan mati akibat disembelih di leher, kata polis.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata punca kematian itu diperoleh hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kuala Krai, yang selesai pada pukul 4 pagi ini.
"Hasil bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian leher akibat disembelih," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semalam, sepasang suami isteri rakyat Thailand yang bekerja sebagai penoreh getah, ditemui mati dibunuh dalam satu kejadian di sebuah rumah kongsi di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Peria, Bukit Chengal, Kuala Krai kirakira pukul 6.30 pagi.
Mayat Anuar Dahman, 27, ditemui dalam tong plastik setinggi satu meter yang berisi air manakala mayat isterinya yang hanya dikenali sebagai Asmah, 18, dibuang ke dalam perigi berhampiran kawasan itu.
Abdul Rahim berkata polis Kelantan kini bekerjasama dengan polis Thailand bagi mengesan suspek utama kes pembunuhan itu.
Beliau berkata keluarga keduadua mangsa juga telah dimaklumkan dan mayat pasangan itu akan dituntut keluarga masing-masing petang ini.
"Mangsa akan dibawa pulang ke tempat asal mereka di Thailand dan akan dikebumikan di sana," katanya.
Abdul Rahim berkata motif kejadian masih disiasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai itu tampil untuk membantu siasatan. BERNAMA
Posted by
biskutliat
at
1:11 AM
0
comments
Labels: Jenayah Berat
Sunday, September 21, 2008
Apa nak jadi.......?????

KES JUVANA: Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Juvana Pekan selepas mengaku salah merogol neneknya.
PEKAN: Mahkamah Juvana di sini, semalam memerintahkan seorang remaja lelaki dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Henry Gurney di Melaka selama tiga tahun selepas didapati bersalah merogol neneknya yang cacat penglihatan berusia 71 tahun pada 19 Jun lalu.
Tertuduh yang berusia 16 tahun dan tidak bersekolah mengaku bersalah merogol nenek kandungnya hingga menyebabkan kecederaan pada kemaluan warga emas terbabit.
Majistret Sazlina Safie memerintahkan tertuduh yang juga anak ketiga daripada lapan beradik itu ditahan di sekolah terbabit berkuat kuasa semalam.
Mengikut pertuduhan, remaja terbabit didakwa merogol mangsa di bahagian dapur rumah mangsa yang turut didiaminya dekat sini antara jam 8 malam hingga 11 malam pada 19 Jun lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara antara lapan hingga 30 tahun dan sebatan.
Mengikut fakta kes, pada jam 12.45 malam 20 Jun lalu, mangsa dimasukkan ke Hospital Pekan kerana pendarahan pada kemaluan sebelum diziarahi anak mangsa berusia 51 tahun keesokannya.
Anak mangsa yang tidak yakin dengan alasan ibunya mendakwa terjatuh kemudian bertanyakan kepada anak saudaranya berusia tujuh tahun yang juga adik tertuduh.
Adik tertuduh memaklumkan dia melihat abangnya menolak mangsa hingga terlentang serta menutup mulut dan berada di atas mangsa.
Anak mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Pekan dan susulan laporan, remaja terbabit dipercayai bekerja sebagai konduktor bas, ditangkap pada kira-kira jam 6 petang 22 Jun lalu, di stesen bas Jalan Besar, Kuantan.
Difahamkan, tertuduh pernah dikenakan perintah tinggal sementara bersama saudaranya di Triang mengikut Seksyen 46, Akta Kanak-Kanak 2001, pada 9 Mei tahun lalu serta pernah disyaki meliwat adik sendiri berusia empat tahun, April tahun lalu.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Mohd Nor Affandy Yussof memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal terhadap kesalahan dilakukan tertuduh.
Posted by
biskutliat
at
8:17 PM
0
comments
Labels: Alam dan Manusia, Jenayah Berat

