Face Book

Wan Mohd Shahir's Facebook profile
Showing posts with label Sejarahwan. Show all posts
Showing posts with label Sejarahwan. Show all posts

Sunday, September 21, 2008

Indian Student

It was the first day of a school in USA and a new Indian student named

Chandrasekhar Subramanian entered the fourth grade.


The teacher said, 'Let's begin by reviewing some American History.

Who said 'Give me Liberty, or give me Death'?

She saw a sea of blank faces, except for Chandrasekhar, who had his hand up:

'Patrick Henry, 1775' he said.

'Very good!'



Who said 'Government of the People, by the People, for the People, shall not perish from the Earth?'

Again, no response except from Chandrasekhar.

'Abraham Lincoln, 1863' said Chandrasekhar.



The teacher snapped at the class, 'Class, you should be ashamed.

Chandrasekhar, who is new to our country, knows more about its history than you do.'

She heard a loud whisper: 'F*ck the Indians,'


'Who said that?' she demanded. Chandrasekhar put his hand up.

'General Custer, 1862.'



At that point, a student in the back said, 'I'm gonna puke.'

The teacher glares around and asks 'All right! Now, who said that?'


Again, Chandrasekhar says,

'George Bush to the Japanese Prime Minister,1991. '


Now furious, another student yells, 'Oh yeah? Suck this!'

Chandrasekhar jumps out of his chair waving his hand and shouts to the teacher,

'Bill Clinton, to Monica Lewinsky,1997! '


Now with almost mob hysteria someone said 'You little sh!t. If you say anything else, I'll kill you.'


Chandrasekhar frantically yells at the top of his voice,'

Michael Jackson to the child witnesses testifying against him- 2004.'


The teacher fainted. And as the class gathered around the teacher on the floor, someone said , 'Oh sh!t, we're f*cked!'

And Chandrasekhar said quietly,

I think it was George Bush, Iraq, 2007.'

Kisah Tukang Gantung

Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling
bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan
kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.
Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan
diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90
kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia
diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

'Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh
pergi terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada
empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,' jelas
Samuel.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang
berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.


APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung
dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi
sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka
dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang
bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga
habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan,
Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah
Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di
mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad
pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara
5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

'Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan
beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada
hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya
lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,' kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan
pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman
gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

'Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar
dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan
harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),' kata
Samuel.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya
yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu
di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.'

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan
terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai
RM7.50.


HARI PENGGANTUNGAN

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman
gantung 'poie dengan rela' setelah menunggu begitu lamo untuk
hukuman dilaksanakan.

'Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan
tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi
agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

' Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka
lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila
kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang
salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak
tahan lagi menunggu,' katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka
akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang
banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada
hari hukuman.

' Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar
sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai
kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan
jenaka,' cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk
pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari
hukuman akan dilaksanakan.


BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan
secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian
5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian
suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar
dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat
kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya
membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian
berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan
akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam
dibiar tergantung.

'Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati
jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada
dia, semuanya tak ada masalah.

'Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan
letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-
bos saya dulu,' kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel.
Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada
anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

'Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal,
lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi
penagih, satu keluarga akan terjejas,' katanya sambil menjelaskan
bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

Kisah Tukang Gantung

Oleh Melati Mohd Ariff

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- "Hukuman Gantung". Mendengarnya sudah cukup menggerunkan. Bagaimana pula kalau bertugas sebagai tukang gantung?

Bagi Samuel (bukan nama sebenar), sepanjang "tugas khas"nya sebagai tukang gantung hampir 20 tahun, beliau terlibat atau menjalankan sendiri penggantungan 103 orang banduan, lelaki dan wanita termasuk kes-kes berprofil tinggi di Penjara Pudu, Penjara Kajang dan Penjara Taiping.

Tugasnya terkini ialah warganegara Nigeria, kira-kira tiga tahun lepas akibat kesalahan dadah.

"Bukan mudah nak mengambil nyawa orang", ujar pegawai penjara berpangkat Timbalan Penguasa yang berusia 48 tahun itu dan telah berkhidmat selama 30 tahun dengan Jabatan Penjara Malaysia.

Sepanjang kira-kira dua jam perbualan, Samuel banyak berkongsi pengalaman dan pengetahuannya tentang hukuman gantung serta pelaksanaannya.

Beliau adalah generasi ketiga dalam keluarganya bekerja sebagai pegawai penjara kerana ayah dan datuknya juga pernah berkhidmat dengan Jabatan Penjara Malaysia.

BUKAN GLAMOR

Samuel menganggap tugas khas yang dilakukannya hanya sebagai satu tugas dan sudah tentunya bukan "tugas glamor".

"Saya suka tugas yang mencabar. Di dalam penjara ini, ada dua jenis kerja yang mencabar iaitu tukang sebat dan tukang melaksanakan hukuman gantung. Kalau kita boleh buat dua kerja tu, maknanya kita telah sampai ke peringkat akhir, kalau belajar telah sampai ijazah kedoktoran," kata Samuel dalam temubual eksklusif dengan Bernama di Penjara Kajang baru-baru ini.

Ada satu sifatnya yang diberitahu kepada penulis yang mungkin memberi kelebihan untuknya menjalankan tugas khas iaitu sejak kecil, dia tidak boleh menangis dan dia dengan mudah boleh mengatasi perasaan sedih.

Seperti katanya,"nak buat kerja tugas khas ni, tak boleh ada rasa kasihan dan tak boleh cakap besar."

PEMILIHAN RAPI

Ramai pegawai penjara yang ingin menjalankan tugas khas ini tetapi prosesnya bukan mudah.

Yang memohon juga hanya mempunyai satu peluang, sekali ditolak, mereka tidak boleh memohon lagi.

Menurut Samuel, jika 30 yang memohon dan mencuba, akhirnya yang tinggal mungkin tiga atau empat orang sahaja dan ada kalanya tiada langsung.

"Sebelum dipanggil temuduga, rekod kerja kita akan diteliti, kedudukan kewangan kita juga penting. Nak buat tugas ini, fikiran tak boleh berserabut. Pandai menyimpan rahsia juga amat penting kerana pegawai yang melaksanakan tugas ini ada kalanya mendapat tahu mengenainya seminggu lebih awal," jelas Samuel.

Beliau sendiri diperhalusi "sifu-sifu"nya sebelum dibawa masuk ke bilik gantung.

"Hukuman gantung ini bukan ada tiap-tiap hari. Kadang-kala satu tahun ada satu atau tiga kali sahaja. Masa itulah kita akan dibawa sama untuk berada di dalam bilik gantung. Kalau mereka tengok kita OK, baru mereka akan beri penjelasan lanjut. Kita bukan ada kelas khas, banyak praktikal dan latihan sambil kerja," jelasnya.

TAHUN-TAHUN AWAL

Samuel yang mula menjalankan tugas khas ini semasa beliau di Pulau Jerejak di mana beliau juga menjalankan tugas sebat berkata kesempurnaan kerja bukan boleh dicapai semalaman.

Pada tahun-tahun awal dipilih untuk menjalankan tugas khas ini, beliau hanya sekadar memerhatikan hukuman dijalankan.

"Saya sudah mengikuti pasukan pelaksana hukuman gantung ini dari 1986 lagi tetapi pada masa itu saya cuma memerhatikan. Saya mula terlibat dan menjadi pembantu pada 1989," jelasnya.

Sebagai pembantu, beliau akan bersemuka dengan banduan akhir (banduan yang dijatuhi hukuman gantung) dan membawanya keluar dari bilik menanti untuk menjalani hukuman.

Banduan yang digari kedua belah tangan ke belakang dan ditutup kepalanya dengan kain "hood" akan dibawa ke bilik gantung. Samuel akan berdiri di belakang banduan akhir dan memegang badannya.

"Biasanya banduan yang akan digantung ini tidak stabil, badannya bergoyang-goyang, jadi kita kena guna tenaga yang banyak untuk membawanya ke bilik gantung," tambah Samuel.

Beliau mengakui tidak dapat tidur di tahun-tahun awal menyertai pasukan pelaksana hukuman gantung.

"Diganggu semasa tidur, benda ni biasa berlaku, bukan tak biasa. Ada orang datang minta rokok, saya kata nanti, saya tidur dulu. Ada juga yang kejut saya minta nak balik. Begitu juga kalau masuk ke dalam bilik gantung tu, perasaan tu ada lain sikit, rasa macam ada benda yang lalu.

"Selepas 10 tahun, pengalaman dah banyak, saya katakan pada diri saya kalau orang dah mati, matilah, macam mana dia nak datang (ganggu lagi)," cerita Samuel.

Beliau juga mengakui antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah menggantung banduan wanita yang disifatkannya lebih "tenang" dan diserang banduan yang agresif.

KEKUATAN MENTAL DAN FIZIKAL

Bagi mereka yang menjalankan tugas khas ini, kekuatan mental dan fizikal perlu mantap dan kental sepanjang masa.

Mereka ini sudah tentunya akan berhadapan dengan tekanan yang amat tinggi terutamanya kerana mahukan kesempurnaan tugas.

Bagi Samuel, beliau banyak berbasikal untuk mengekalkan kecergasan.

Semasa pelaksanaan hukuman gantung dibacakan kepada banduan hukuman mati, beliau dan pasukannya turut hadir di bilik pengarah. Ketika itulah, mereka akan menilai perangai atau sikap dan tahap penerimaan banduan.

Katanya, maklumat ini penting untuk mereka melaksanakan hukuman nanti.

"Kerja mempersiapkan bilik gantung ini memakan masa antara tiga hingga empat jam. Keselamatan dalam bilik gantung dan pemilihan tali gantung yang sesuai adalah di antara tugas yang perlu dibuat dengan teliti," katanya.

TALI GANTUNG

Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.

Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

"Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh pergi terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan," jelas Samuel.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

"Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza," kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

"Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung)," kata Samuel.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk "perjumpaan terakhir."

Lazimnya suasana sedih dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk "hidangan terakhir" bernilai RM7.50.

HARI PENGGANTUNGAN

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung "pergi dengan rela" setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.

"Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

"Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu," katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

"Jangan ikut tabiat buruk ayah" antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

"Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya. Banduan itu kata dengan jenaka," cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila "gear" ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik "gear" yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

"Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.

"Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu," kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel.

Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

"Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas," katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

-- BERNAMA

akhirnya hajat aku yang terpendam iaitu nak melawat penjara JB dah pun aku tunaikan. program lawatan sambil belajar itu aku adakan pada hari Ahad yang lepas bersama dengan seorang kawan aku di sini. kenapa aku nak sangat pi penjara tu? sebab selama ini aku selalu lalu kat situ lebih2 lagi bila aku kerja kat bandar dulu. ituler antara jalan yang aku lalu bila nak balik rumah. pastu bila dah lalu hati sering tertanya, bagaimana agaknya rupa penjara tu ek. jadi bila dah dibuka untuk lawatan, tentulah peluang yang ada tak boleh dilepaskan. satu lagi sebab yang membuatkan aku teruja sangat ialah sebagai seorang antu tv, aku selalu disogokkan dengan rupa penjara di negara omputih. lagipula kira2 sebulan yang lepas, Majalah 3 telah membuat satu doku mengenai banduan akhir di sebuah penjara di negara kita. jadi bertambah2lah rasa ingin tahu aku tentang kehidupan di sebalik tembok batu.

incik CicakMasin aka Dyke juga telah melawat penjara ini dan telah menceritakan kepada kita keadaan penjara tersebut, tentang bilik sel, cara hidup banduan dan persekitarannya. aku pulak bercerita selain daripada itu lah ek.


Image hosted by Photobucket.com

sejarah at-tawarikh
Penjara Johor Bahru yang juga dipanggil Kota Jail adalah penjara ketiga tertua di Asia. Ia mula beroperasi pada tahun 1883 iaitu pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Daeng Ibrahim. Rekabentuk bangunan asal adalah ilham baginda yang telah melawat penjara2 di Shanghai, China dan Osaka, Jepun pada ketika itu, untuk melihat keadaan fizikal serta rekabentuk penjara2 yang terdapat di sana.

Kini penjara yang berusia 122 tahun itu telah ditutup pada 30 Ogos lepas dan semua banduan telah dipindahkan ke penjara Kluang dan Simpang Renggam, Johor. Berikutan penutupannya, bermula dari 1 September hingga 15 Disember ini, pihak penjara telah mengambil inisiatif membuka dan memberi peluang kepada masyarakat melihat dan merasai pengalaman kehidupan banduan di penjara tersebut. Selepas itu, penjara Johor Bahru akan diserahkan kepada kerajaan negeri Johor.


tali gantung "kiok"
Image hosted by Photobucket.com kawan aku : eh, ko baca tak pasal tali gantung tu. 3 ribu siot harga dia. guna 3 kali je.

aku : iye ke? alamak tadi aku tak sempat bacalah. isk mahal tu. nak kena gantung pun guna tali mahal2 ek.

kawan aku : iyerr.... eh, betul ke tali gantung yang diorang tunjuk tu penah gantung Mona Fendy? bukan ker diorang kena gantung kat kl?

aku : abis tu, dah diorang cakap macam tu. tadi ko pun cakapkan, guna cuma 3 kali je. tentulah dah 3 orang kena gantung dengan tali tu. lepas 3 kali, dah tak guna, tali tu pun datanglah melawat2 kita.

kawan aku : hehehe.. iye tak iye jugak ek.

inilah dia tali gantung yang pernah digunakan untuk menggantung salah seorang dari pasangan bomoh terkenal iaitu Mona Fendy, Affandy dan Juraimi pada bulan Oktober 2001. eiii seramnya. meremang bulu ketiak.


perigi nippon
perigi ini dibina pada tahun 1883 oleh kontraktor Wong Ah Fook sebagai sumber air untuk pesalah yang ditahan di Penjara Johor Bahru. mengikut cerita kakitangan penjara lama, pada zaman pemerintahan tentera Jepun perigi ini digunakan sebagai tempat pelaksanaan hukuman pancung ke atas pesalah oleh General Yamashita. dipercayai perigi ini berpuaka dan beberapa kakitangan Penjara Johor Bahru dan penghuni penjara mengalami peristiwa2 yang menakutkan seperti pernah terjumpa perigi mengeluarkan api pada waktu malam, terjumpa makhluk besar sedang berdiri di atas perigi tanpa kepala dan wanita berambut panjang merasuk anggota penjara masuk ke dalam perigi dan berbagai cerita misteri lagi. agaknya kalau 3 kepala pengebom berani mati di Bali tu bertemu dengan kepala2 yang menghuni perigi General Yamashita ni, apa akan terjadi ek? huhuhu.. jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com

cabaran bermalam di penjara
selain dibuka untuk pameran dan lawatan, pihak Jabatan Penjara Malaysia juga ada menawarkan pakej bermalam di penjara ini dengan bayaran RM50 satu malam. haaa.. inilah antara perkara yang menarik minat aku kerana aku juga berkeinginan nak merasa tido kat sana. tapi tak beranilah pi sana sensorang. kalau dalam berkumpulan, nak jugak aku ikut. sebabnya walaupun kita kena tido sensorang kat dalam bilik sel, tapi sekurang-kurangnya kita tahu ada kawan yang tido kat sebelah bilik kita. hihihihi

setakat yang aku tahu, dah ada dua kumpulan yang menyahut cabaran bermalam ini. kumpulan pertama adalah gabungan wartawan pelbagai suratkhabar di Malaysia yang kesemuanya 11 orang termasuk 3 pompuan. *salah seorang pompuan tu macam PLU je* manakala kumpulan kedua pula terdiri daripada 10 orang anggota Puteri Umno Bahagian Johor Bahru yang tentunya pompuan2 belaka. pengalaman wartawan2 tersebut dah pun disiarkan di suratkhabar memasing. tapi cerita tentang budak2 pu3 umno tu aku tak jumpa lagi artikelnya kecuali mungkin ada dalam paper cina yang ditampal di penjara tersebut. aku tengok gambor diorang aje tapi tak boleh baca sebab tak paham. dalam cabaran bermalam ni, bukan setakat senang-lenang tido je, diorang kena daftar macam banduan, pakai baju banduan, makan, minum, buang air, tempat tido, no tepon mepon dan macam2 lagi, semuanya dilayan sejibik macam banduan. kena tengking pun ada.

bila waktu tido plak, tentunya macam2 pengalaman yang diorang dapat sebab banyak cerita seram, misteri dan ghaib berlaku di situ. bak kata wartawan Utusan Malaysia, Hasnurul Mohamed tentang pengalamannya "terkurung dalam sel nombor 3, berukuran 1.5 meter x 3 meter berdindingkan batu dan siling yang memberi gambaran sayup mata memandang, bukanlah satu situasi yang menyeronokkan. dengan tilam hanya setebal 2.54 sentimeter (satu inci) dan selimut tanpa bantal, lipas yang 'berlari-lari anak' dan cacing yang bergerak di atas lantai simen (mungkin ekoran tidak digunakan lagi), mencetuskan satu perasaan yang menyeksakan.

segala ayat al-Quran yang terlintas di fikiran, dibaca berulang kali dengan harapan dapat mengikis perasaan takut. beralaskan tuala kecil, sepasang persalinan pakaian dan kain batik yang dijadikan 'bantal', gegendang telinga pula menangkap bunyi-bunyi aneh - bunyi tapak kaki berjalan mengelilingi blok yang dihuni. bau busuk seolah-olah bau mayat reput datang dan pergi dibawa angin. mujurlah bayangan yang tidak sepatutnya tidak muncul di depan mata.

tanpa disedari, bersebelahan sel yang menjadi suite wartawan Utusan Malaysia, merupakan tempat hukuman gantung banduan. realitinya, kain tutup muka dan kepala serta tali gantung yang digunakan itu pernah digunakan Mona Fendi....." jeng..jeng.. jeng.

bayangkan betapa seramnya tido kat sana. itu baru semalam. belum lagi bermalam-malam. dan itu baru seorang yang bercerita, belum lagi baca cerita orang2 lain. lepas tu semua yang keluar esoknya rasa lega dan insaf gegiler. tobat tak mahu tido kat sana lagi. tobat tak mo buat jahat.

hemmm.... dengan mengenepikan soal duit yang harus dilaburkan, beranikah kita menyahut cabaran tersebut?


berita terkini : lawatan ke Penjara Johor Bahru telah ditutup buat sementara waktu sepanjang bulan Ramadhan ini sehingga Hari Raya Pertama dan akan dibuka semula pada Hari Raya Kedua.

Veteran Komunis kritik filem Peristiwa Bukti Kepong



Bahagian kedua memoir veteran komunis Abdullah CD telah diterbitkan di Kuala Lumpur dan kini dalam pasaran.

Memoir bertajuk Penaja dan Pemimpin Regiment Ke-10, itu menceritakan mengenai asal-usul dan operasi perang gerila anti-komunis selama 12 tahun pada zaman darurat (1948-1960) dari perspektif seorang veteran komunis Melayu.

Abdullah memimpin Regimen ke-10 Tentera Kebebasan Rakyat Malaya (MNLA) yang kesemua anggotanya adalah Melayu.
Dalam memoir bahagian kedua ini, Abdullah CD mendedahkan mengenai serangan komunis di balai polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 yang diketuai Mat Indera yang kemudiannya ditangkap dan dihukum gantung sampai mati.
eMenurut Abdullah CD, Mat Indera telah "diracun" sebelum dia ditangkap.
Abdullah CD juga mengkritik penjajah dan pihak berkuasa yang pro-penjajah kerana 'memutarbelitkan' sejarah mengenai serangan Bukit Kepong dalam satu filem rasmi bertajuk Peristiwa Bukit Kepong.
"Keluarga Mat Indera juga mengecam filem tersebut kerana ia tidak mencerminkan realiti sebenarnya," tulis Abdullah CD. (m 117)
Abdullah CD, yang nama sebenarnya Cik Dat bin Anjang Abdullah, menandatangani Perjanjian Damai 1989 di Haadyai antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan Malaysia.
Beliau adalah pengerusi PKM. Dua lagi yang turut menandatangani perjanjian damai itu bagi pihak PKM ialah Setausaha Agungnya, Chin Peng dan ahli jawatankuasa pusatnya, arwah Rashid Maidin (1917-2006).
Bertemu Ghafar
Dilahirkan di Lambor Kiri, Parit, Perak pada Oktober 1923, Abdullah CD dan saudara perempuannya, Kamariah menyertai perjuangan bersenjata golongan muda Melayu menentang pendudukan Jepun di sepanjang Sungai Perak.
Dalam memoir bahagian pertamanya, Zaman Pergerakan Sehingga 1948 (Petaling Jaya, SIRD, 2005) menceritakan beliau secara rasmi menyertai PKM pada bulan Mei 1945 di kampungnya di Lambor Kiri.
Pada Februari 2005, Abdullah CD mengadakan temubual eksklusif dengan malaysiakini - temubual pertamanya sejak 1948.
Dalam kajian sejarah mengenai Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan (Bangi, Penerbit UKM, 2006), ahli sejarah UKM yang telah bersara Dr Mohamad Salleh Lamry mendedahkan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba (1925-2006) telah bertemu secara peribadi dengan Abdullah CD di sebuah hotel di selatan Thai pada 2003 untuk berbual mengenai kenangan lalu.
Sebelum menyertai Umno, Ghafar dipercayai rapat dengan nasionalis Melayu puak kiri dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang bekerjasama dengan komunis dalam barisan bersatu anti-penjajah dalam tempoh 1946-1948.
PKMM adalah yang pertama menggunakan slogan Merdeka!
Abdullah CD – yang pulang ke Malaysia sekurang-kurangnya dua kali dan pernah diterima mengadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah – kini tinggal di selatan Thai bersama isterinya Suriani Abdullah nee Eng Ming Ching @ Ah Ming serta anak cucu mereka.

Worlds Smallest Man _posing not proper







oni dan fara.. pleaseeeeeeeeeeeeee dont u 2 ever try this at home..

Hitler vs Pink Triangle; Perang Nazi Melawan Sifilis, Homoseks, dan Penghancuran Seksologi


FX Rudy Gunawan, Spasi & VHRBook, September 2007
ix + 150 hal: 11,5 x 19 cm
ISBN: 978-979-16852- 1-4
Rp 24.000,-


Tahanan berlabel Pink Triangle mengalami nasib yang 'lebih buruk dan lebih nista' daripada seekor anjing. (A Love to Hide, Christian Faure, 2005)

Rosa Winkel, atau Pink Triangle, adalah badge yang disematkan untuk menandai tahanan gay atau laki-laki homoseksual di kamp konsentrasi Nazi. Antara tahun 1933-1945, sekira 100.000 orang homoseksual masuk tahanan di negeri yang--khususnya di Berlin--sebelum masa Third Reich cukup liberal dalam hal homoseksualitas. Mereka inilah yang diberi label segitiga merah jambu, dan mengalami penyiksaan hingga eksperimen keji yang dilakukan oleh tentara Nazi. Eugene Kogon dalam bukunya Der SS-Stat mengatakan: "Pada musim gugur 1944 ... anggota SS-Strumbannfuhrer DR. Vaernet ... muncul di Kamp Konsentrasi Buchenwald. Dengan izin Himmler ... Vaernet memulai serangkaian eksperimen yang bertujuan untuk menghapus homoseksualitas. Dilakukan penanaman hormon sintetik pada perut bagian bawah sejumlah laki-laki untuk mengubah orientasi seksual mereka. 15 orang yang dijadikan kelinci percobaan ... mati akibat operasi ini. Yang lain tewas beberapa minggu kemudian karena terlalu lemah."

Homoseksualitas, sebagaimana sifilis dan prostitusi, adalah fenomena-fenomena yang oleh Hitler dalam Mein Kampf , disebut-sebut sebagai cultural degeneration (kemerosotan budaya). Gay tidak mendukung reproduksi dan menjaga kemurnian darah Aria, karena itu mereka menjadi musuh Nazi. Kebencian berlebihan Hitler terhadap homoseksualitas menilaskan rumor dan pertanyaan. Apakah Hitler sendiri seorang gay?

Jika Hitler Seorang Gay
Dalam film A Love to Hide yang berkisah tentang cinta dan nasib seorang gay di masa Hitler berkuasa, dituturkan betapa nista dan ngerinya menjadi seorang gay di bawah kekuasaan Hitler. Adalah Jean, pemuda tampan, baik, dan pintar, kesayangan keluarga yang ternyata seorang gay atau homoseks. Di masa remajanya, Jean sempat menjalani cinta monyet bersama seorang perempuan Yahudi bernama Sara. Sara sekian lama menghilang karena ditangkap tentara Nazi, tetapi kemudian berhasil meloloskan diri dan menemui Jean dalam keadaan syok dan trauma. Jean yang sudah menjadi seorang gay menampung Sara dan menempatkannya di rumah pasangan homoseksualnya. Jean juga memberikan identitas baru pada Sara sebagai seorang perempuan Perancis bernama Yvonne Brunner dan mempekerjakannya di tempat binatu milik keluarga Jean.

Sara yang masih tetap mencintai Jean sempat syok ketika mengetahui bahwa ternyata Jean sudah berubah menjadi seorang gay. Tapi perlahan ia mulai bisa menerima kenyataan itu dan bahkan tetap mencintai Jean dengan setulus hatinya. Ia bahkan mengangankan Jean bisa kembali normal atau setidaknya menjadi seorang biseksual sehingga mereka bisa hidup bahagia bertiga. Tapi film ini bukan film kisah cinta segitiga yang biasa-biasa saja. Persoalan yang diangkat kemudian bukanlah kisah cinta Jean atau Sara, melainkan tentang apa yang dialaminya Jean ketika akhirnya ditangkap polisi Perancis dan diserahkan pada tentara Nazi. Jean sebagai homoseksual ditempatkan dan dikelompokkan oleh tentara Nazi bersama tahanan lain yang mengenakan simbol Pink Triangle atau segitiga merah jambu di dada mereka.

"Tahanan berlabel Pink Triangle mengalami nasib yang 'lebih buruk dan lebih nista' daripada seekor anjing," jelas seorang tahanan Pink Triangle pada Jean saat mereka dalam perjalanan menuju sebuah kamp konsentrasi. Pada awalnya Jean tidak mau mempercayai yang dikatakan tahanan itu, tapi kenyataan yang dilihat dan dialaminya memang membuktikan kebenaran penjelasan tahanan itu. Ketika seorang tahanan berlabel Pink Triangle terjatuh di tempat kerja paksa, maka seketika itu, detik itu juga, tentara pengawas langsung menembaknya di kepala. Ada juga tahanan lain yang ditelanjangi dan dibakar hidup-hidup di depan Jean. Semua kekejaman mengerikan itu dilakukan oleh tentara Nazi sambil tertawa-tawa, seolah mereka membunuh seekor anjing yang paling hina.

Jean yang terjebak dalam penyekapan mengerikan karena ulah jahat adiknya sendiri yang mencintai Sara, selalu berusaha melawan dan membela kekejian tentara Nazi dalam menyiksa dan membantai kaum homoseks. Ia tidak dibunuh karena ia orang Perancis, bukan gay warga Jerman atau Yahudi. Istilah yang menjadi alasan penahanannya adalah re-edukasi. Tapi karena keberaniannya membela tahanan Pink Triangle lainnya, Jean akhirnya dibuang ke kamp konsentrasi Dachau yang terkenal sebagai kamp konsentrasi paling keji dan mengerikan. Di Dachau Jean benar-benar disiksa habis-habisan dan dijadikan kelinci percobaan. Ia mengalami penyiksaan secara seksual dan juga berbagai eksperimen mengerikan yang dilakukan tentara-tentara Nazi. Ketika akhirnya Jean dikembalikan ke negaranya, saat kekuasaan Hitler berakhir, ia sudah seperti mayat hidup yang menunggu mati. Sara dan ayah-ibu Jean yang setia menantinya, menerima kedatangan kembali Jean dengan tangis pilu tanpa suara. Hanya beberapa hari bersama orang-orang yang mencintainya, Jean akhirnya meninggal di tengah-tengah mereka.

Dalam salah satu dialog antara Jean dengan adiknya saat rahasia dirinya terbongkar oleh sang adik, Jean berkata: "Apakah kau memilih bermata biru saat dilahirkan? Apakah kau memilih berambut pirang saat dilahirkan? Aku pun tidak memilih untuk mencintai sesama lelaki. Seperti itulah cinta. Kau tidak pernah tahu betapa beratnya menanggung dan merahasiakan cintamu karena masyarakat menistakan cintamu." Di bagian lain, ketika tentara Hitler menyiksanya, mereka mengutuk dan menyumpahi Jean sebagai aib bagi bangsa dan negaranya. "Kau mempermalukan bangsa dan negaramu, Homo! Kau adalah aib besar bagi bangsamu karena itu kau dikirim kemari!" Lalu tentara-tentara itu menghajar dan menyiksanya lagi. Tapi Jean jelas tak mungkin berubah meski disiksa dan dianiaya sampai mati. Ia memang seorang gay, seorang lelaki yang mencintai lelaki lainnya sama seperti lelaki yang mencintai seorang perempuan. Seperti dikatakan Jean pada adiknya, ia menjadi homoseksual sama seperti seseorang dilahirkan dengan mata biru atau rambut pirang.

Jean menegaskan bahwa kondisi dirinya adalah sesuatu yang berada di luar kekuasaannya. Kondisi itu adalah satu keterbatasan yang diberikan pada dirinya tanpa bisa ditawar, sebagaimana seseorang dilahirkan tanpa bisa memilih kualitas-kualitas tertentu. Di era kekuasaan Hitler, argumen semacam ini jelas tak mungkin diterima oleh masyarakat, bangsa, dan negara. Yang terjadi justru sebaliknya. Menurut catatan US Memorial Holocaust, pada masa Hitler berkuasa, persisnya sepanjang tahun 1933 sampai 1945, tercatat sedikitnya 100.000 orang homoseksual ditangkap dan disiksa di kamp-kamp konsentrasi. Dari jumlah itu, 10.000 sampai 15.000 meninggal karena penyiksaan dan eksperimen keji yang dilakukan tentara Nazi. Sungguh jumlah yang sangat besar sebagai sebuah pembantaian atau kejahatan terhadap kemanusiaan (crime against humanity). Pembantaian terhadap kaum homoseksual dan perang Hitler melawan pelacuran adalah sebuah penghancuran sistematis terhadap sexology dan sekaligus merupakan kejahatan kemanusiaan yang sangat besar.

Entah apa yang merasuki Hitler sampai kebenciannya teramat sangat besar pada kaum homoseks dan praktik-praktik perilaku seksual lainnya yang dianggap tidak bermoral atau menodai bangsa. Hitler memang seorang maniak dan psikopat yang haus darah, tapi ini pun tidak cukup menjelaskan tindakan yang dilakukannya pada kaum homoseksual. Bagaimana Hitler melihat dan mengonsepkan perilaku homoseksual memang tak dapat dilepaskan dari ideologinya yang berbasiskan kebencian dan angkara pada bangsa Yahudi. Jika Hitler pernah sekali saja membayangkan dirinya sebagai seorang gay, mungkin tragedi kemanusiaan yang dialami kaum gay tidak akan dan tidak perlu terjadi. Atau jika Hitler ternyata sebenarnya seorang gay maka apa yang dilakukannya pada kaum gay mungkin merupakan sebuah cerminan kebencian terhadap dirinya sendiri yang tidak pernah bisa menerima kenyataan bahwa dirinya adalah seorang gay. Tentu saja kita tak pernah tahu kebenaran apa yang ada dalam sosok Hitler. Bisa saja ia biseksual atau memang dia heteroseksual fanatik-fundamental is yang sangat membenci orientasi seks sesama jenis.

Ada begitu banyak kemungkinan yang bersifat personal dan sulit diungkap pada sosok Hitler, karena itulah sosoknya selalu menjadi kontroversi yang terus-menerus hidup dan menarik perhatian masyarakat dunia, bahkan hingga saat ini. Munculnya generasi muda sekarang yang terinspirasi dan mengidolakan Hitler adalah bukti betapa kontroversi, ideologi, dan gerakan Nazi yang dipimpin Hitler ternyata masih menyimpan potensi. Sosok Hitler secara fisik memang unik. Dengan perawakan yang terbilang mungil untuk ukuran orang Jerman, ia mampu mengguncang dunia. Kumis khas dan rambut cepak khas Hitler yang klimis dengan seragam militer kebesarannya sebagai pemimpin besar, juga tetap unik dan mampu menarik perhatian. Dari penampilannya yang cenderung pesolek, sebenarnya tak berlebihan juga bila ada kemungkinan homo atau biseksual pada diri Hitler.

Namun melihat apa yang dilakukannya pada kaum gay di Jerman dan sejumlah negara tetangganya seperti Perancis, maka jika Hitler seorang gay, ia mungkin adalah gay yang sakit hati, frustrasi, broken heart, dan akhirnya mendendam sampai ke tulang sumsum. Mungkin ia dikhianati oleh kekasih gay-nya pada masa muda atau bahkan pada masa ia baru saja mulai berkuasa. Mungkin ia pernah sangat mencintai dan terobsesi pada seorang lelaki yang sama sekali tak mencintainya dan selalu menolak, apa pun usaha yang dilakukannya. Mungkin juga Hitler adalah homo yang tak pernah berani mengakui dan menyatakan ke-homo-annya sehingga ia sangat frustrasi dan kemudian berbalik membenci kaum gay habis-habisan. Ada banyak kemungkinan di balik alasan Hitler membantai dan membasmi kaum gay sedemikian kejinya. Ironisnya, kemungkinan- kemungkinan itu justru lebih kuat jika ternyata Hitler sebenarnya adalah seorang gay.

Mungkinkah hal ini benar? Mungkinkah Hitler sebenarnya seorang homoseksual? Dalam teori kehidupan yang sederhana saja, kemungkinan adalah sebuah keluasan samudera yang dalamnya tak terukur. Ini kata orang-orang bijak di seantero dunia. Dalam film A Love to Hide juga digambarkan bagaimana para perwira tinggi Jerman dalam pasukan Hitler ternyata banyak yang sebenarnya adalah gay atau homoseks. Salah satunya diceritakan naksir Jean dan menjadi backing sebuah pub khusus kaum gay di Perancis. Perwira ini kemudian diceritakan bunuh diri dan memicu tuduhan pada Jean sebagai salah satu penyebabnya. Nasib Jean di kamp konsentrasi pun semakin buruk karena tuduhan itu. Film ini diangkat dari kisah nyata yang terjadi dan dialami kaum gay yang ditangkap tentara Hitler. Ada kebenaran faktual yang mendasari film ini. Bisa saja kebenaran ini memperkuat dugaan terhadap Hitler sebagai gay. Jika tidak memperkuat pun, tetap saja ada kemungkinan- -sekecil apa pun--Hitler adalah seorang homoseksual.

Dalam sejumlah referensi dan hasil penelitian yang juga menjadi sumber-sumber utama buku ini, diungkapkan juga hal serupa. Para perwira SS, tentara khusus Nazi yang sangat kejam itu, ternyata banyak di antaranya adalah gay. Di bagian akhir film A Love to Hide, tokoh Sara yang sudah memiliki dua orang cucu, diceritakan berziarah di pemakaman khusus gay korban kekejaman Nazi yang telah dijadikan sebagai monumen khusus untuk memberi pengakuan pada hak-hak kaum gay yang di kamp-kamp konsentrasi pada masa Hitler diberi tanda Pink Triangle. Sara bersama dua orang cucunya meletakkan setangkai bunga untuk jean yang dimakamkan bersama para gay lainnya di pemakaman khusus itu. Sementara di suatu tempat yang entah di mana--mungkin di neraka--Hitler mungkin menyaksikan kaum gay yang berkumpul di situ dengan perasaan menyesal paling dalam yang bisa dimiliki seseorang. Suatu perasaan yang terus menghantui dan menyiksanya, melebihi siksa neraka apa pun.[]

Sumber : http://f-r-g. blogspot. com/2007/ 09/apakah- h...eorang- gay.html
http://f-r-g. blogspot. com/2007/ 09/jika-hit. ..eorang- gay.html

advert 2