Face Book

Wan Mohd Shahir's Facebook profile
Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Wednesday, November 12, 2008

Fw: KLM: Fwd: UMnO Meeting....


Sunday, November 2, 2008

Menang tanpa bertanding, Najib bakal Presiden Umno



MERIAH... Mohd Najib Tun Abdul Razak bersalaman dengan orang ramai yang menyambut kedatangannya pada Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2008 di Kuala Lumpur petang semalam saat beliau muncul menang tanpa bertanding jawatan Presiden Umno. -fotoBERNAMA

wah meriah nyer mereka menyambut bakal perdana menteri ke - 6 malaysia..

Tuesday, October 28, 2008

Beli Eurocopter ditangguh, PAC teruskan mesyuarat hari ini




Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Kerajaan telah memutuskan untuk menangguhkan pembelian 12 Eurocopter EC-725, yang diumumkan awal bulan lalu bagi menggantikan Nuri, ekoran kesan krisis kewangan yang dihadapi negara.

Bagaimanapun ia tiada kaitan dengan pertikaian yang dibangkitkan oleh pembangkang di Parlimen baru-baru ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk meneliti isu pembelian Eurocopter akan diteruskan hari ini walaupun kerajaan telah memutuskan penangguhan pembelian helikopter terbabit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, rancangan pembelian Eurocopter yang secara keseluruhannya bernilai RM1.67 bilion akan ditangguhkan sehingga keadaan ekonomi mengizinkan.

"Pada waktu ini, keputusan yang telah diambil ialah Eurocopter tidak akan dibeli sebab kita memerlukan peruntukan-peruntukan untuk banyak lagi projek yang lain.

"Sementara itu, menjimatkan itu adalah amat penting pada waktu ini oleh sebab kita menghadapi satu situasi ekoran daripada kedudukan ekonomi yang bersabit dengan krisis kewangan," kata beliau selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pertahanan di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan, keputusan penangguhan tersebut dibuat pada 13 Oktober lalu oleh Majlis Ekonomi.

"Ini sebenarnya (diputuskan) dalam satu mesyuarat jawatankuasa ekonomi membincangkan kedudukan kewangan negara pada waktu ini dengan mengambil kira keperluan-keperluan yang ada hubung kait dengan peruntukan bajet.

"Beberapa kali kita tegaskan bahawa projek-projek yang nak kita laksanakan biarlah secara langsung memberi faedah kepada rakyat dan dengan itu kementerian-kementerian adalah dikehendaki untuk mengurangkan perbelanjaan dan menyatakan projek-projek yang boleh ditangguhkan," katanya.

Abdullah berkata, pembelian helikopter baru bagi menggantikan Nuri akan tetap dilakukan memandangkan pesawat yang sedia ada sudah uzur dan terlibat dalam beberapa kemalangan yang meragut nyawa anggota tentera dan orang awam.

Ditanya jika timbul kritikan supaya Nuri perlu digantikan segera memandangkan ia tidak selamat untuk digunakan, Abdullah berkata, buat masa ini pihaknya akan memastikan Nuri diselenggara dengan sebaik mungkin.

Katanya, keputusan untuk membeli pesawat baru menggantikan Nuri sepatutnya dibuat tidak lewat daripada tahun 2011, namun ia akan dibuat lebih awal sekiranya keadaan ekonomi mengizinkan.

Ditanya sama ada kerajaan akan meneruskan pembelian helikopter daripada Eurocopter apabila tiba waktunya, Abdullah berkata, ia terpulang kepada pegawai yang mengendalikan pembelian tersebut untuk memutuskannya.

"Sama ada kita mahu atau tidak, itu keputusan kita tapi sama ada kita mahu pergi secara terperinci lagi, itu subjek lain.

"Ia terpulang kepada pegawai yang mengendalikan untuk memutuskan," katanya.

Abdullah menegaskan, beliau percaya pembelian Eurocopter dilakukan secara telus melalui tender terbuka.

"Cadangan telah pun dikaji oleh Kementerian Pertahanan untuk mementukan helikopter mana yang hendak dibeli dan semua ini dibuat mengikut tender terbuka dan daripada tender inilah maka Euro helikopter itu dipilih kerana ia memenuhi keperluan-keperluan kita... spesifikasi yang telah ditetapkan itu nampaknya dipenuhi oleh Euro Helikopter," katanya.

Abdullah menafikan dakwaan bahawa Eurocopter dibeli dengan harga RM2.3 bilion dan ia dibeli dengan harga yang lebih mahal berbanding helikopter yang sama dibeli oleh Brazil.

"Itu kerana helikopter tersebut (yang dibeli Brazil) tidak memenuhi tahap yang kita mahukan. Jika hanya untuk pengangkutan, harganya lebih murah," katanya.

Abdullah berkata, pembelian Eurocopter dilihat begitu mahal kerana ia mempunyai beberapa fungsi termasuk bagi tujuan menyelamat, pertempuran dan pengangkutan.

Beliau berkata, mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk meneliti isu pembelian Eurocopter akan tetap diteruskan esok walaupun kerajaan telah memutuskan penangguhan pembelian helikopter terbabit.

"Yang itu telah diputuskan oleh Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu supaya PAC diberi peluang untuk menghalusi mengenai perkara berkaitan cadangan untuk membeli helikopter ini.

"Ini pun ada juga baiknya. Biarlah mereka tahu apakah prosedur yang telah kita gunakan... mengapakah begitu tinggi (harganya)... apa sebab-sebabnya," katanya.

Kerajaan melalui mesyuarat Kabinet pada 18 Julai 2007 memutuskan untuk membuat perolehan bagi menggantikan pesawat Nuri berikutan rungutan beberapa Anggota Parlimen dan masyarakat umum berhubung helikopter jenis itu yang sering terlibat dalam nahas udara dan mengorbankan anggota tentera.

Pada 3 September lalu, Kementerian Pertahanan menerima keputusan dan persetujuan daripada Kementerian Kewangan untuk memilih tender Eurocopter, pesawat milik Eurocopter Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat European Aeronautic Defence and Space Co (EADs) dan kementerian itu mengeluarkan Surat Hasrat kepada Eurocopter pada 15 September 2008.

Bagaimanapun isu pembelian 12 Eurocopter EC-725 itu timbul semula sebaik ianya diumumkan Abdullah pada 26 September lalu.

Isu ini turut dibangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober lalu yang ingin mengetahui ketelusan dalam pembelian Eurocopter kerana didakwanya memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu.

=

berita ni sy belum baca abis lagi. nanti sy komen kemudian haha

Wednesday, September 24, 2008

Masalah Sosial dan Keruntuhan Akhlak Remaja di Kuala Terengganu











gambar hanya lah hiasan semata - mata..

Apa yang berlaku? :

1.remaja jauh dari ajaran islam dan adat melayu
2.remaja tidak solat dan tidak berpuasa
3.remaja tidak menghormati masyarakat dan orang disekeliling
4.remaja semakin berani berpeleseran antara lelaki perempuan
5.remaja perempuan semakin berani mendedahkan aurat seperti memakai pakaian yang ketat, tidak bertudung atau bertudung tetapi tidak melabuhkan tudung di bahagian dada, memakai pakaian yang membentuk susuk badan dan mewarnakan rambut.
6.remaja berpelukan di atas moto tak kira siang dan malam.
7.remaja terjebak dengan dadah
8.remaja terlibat dalam lumba haram
9.remaja merempit
10.remaja terlibat dengan jenayah contoh curi moto, pecah rumah.

Kenapa ini terjadi:

1.kurang didikan agama
2.kurang perhatian daripada ibu bapa
3.masyarakat yang tidak prihatin dan cakna
4.tiada penguatkuasaan agama
5.kurang penguatkuasaan dari pihak berkuasa

kesan jangka pendek:

1.lebih ramai remaja yang berani melakukan maksiat secara terang terangan
2.lebih ramai remaja yang terjebak dengan dadah
3.remaja tidak malu dan tidak hormat kepada ibu bapa, orang yg lebih tua dan masyarakat sekeliling
4.remaja semakin jauh dari adat dan ajaran islam

kesan jangka panjang

1.lebih ramai remaja terlibat dengan zina
2.lebih ramai akan lahirkan anak luar nikah
3.jenayah buang bayi akan meningkat di kuala terengganu
4.perpecahan masyarakat
5.tuduh menuduh di antara satu sama lain
6.fitnah berleluasa
7.jenayah semakin meningkat
8.tiada lagi perpaduan
9.ajaran islam dan adat melayu semakin pupus
10.kaum melayu semakin mundur dari berbagai aspek dan tidak dihormati lagi
11.tiada maruah bagi umat islam dan kaum melayu
12.turun bala dari allah swt

bagaimana untuk menanangi masalah ini?

1.dekatkan anak – anak dengan agama bermula dari mereka kecil hingga mereka baligh
2.beri didikan agama yang mencukupi
3.ibu bapa harus memberi perhatian kepada anak – anak
4.ibu bapa harus meluangkan masa bersama anak – anak
5.pastikan ibu bapa tau dengan siapa anak – anak berkawan dan keluar bersama
6.pastikan ibu bapa tahu aktiviti anak – anak
7.tunjukkan teladan yang baik kepada anak – anak
8.masyarakat harus cakna akan hal remaja
9.masyarakat harus bimbing remaja ke jalan yang benar
10.nasihat menasihati di antara satu sama lain
11.bersama – sama mencegah kemungkaran

Sunday, September 21, 2008

Ajaran Sesat

Sama-sama kita berdoa agar iman kita terpelihara...Jangan jadi mcm ni ye....

Tanpa Tajuk 2





Kes nenek cun melecun suami dua didengar 23 Oktober ini


KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menetapkan 23 Oktober bagi mendengar keputusan permohonan seorang nenek mendapatkan pengesahan sijil perkahwinan keduanya yang dikeluarkan di selatan Thailand.

Hakim Shaikh Ahmad Ismail menetapkan tarikh itu selepas mendengar keterangan saksi kedua Majid Kadir, 62, yang hadir semasa pernikahan responden, Siti Fatimah Yacob, 47 (gambar), dengan Wan Yusof Long, 63, dari Kampung Sekati, Manir yang dijalankan di Besut 19 September 2005 dan diberi sijil pernikahan yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla.

Hakim turut mengarahkan peguam yang mewakili responden, Anuwar Mohd supaya bersedia menfailkan penghujahan bertulis mengandungi keterangan saksi dan responden kepada mahkamah sebelum 19 Oktober membolehkan penghakiman.

Sebelum itu, ketika menjawab soalan Anuwar, Majid berkata, dia tidak mengetahui tentang status diri Siti Fatimah sama ada masih anak dara atau ibu tunggal sebelum pernikahan itu diadakan.

Katanya, dia juga tidak pasti sama ada pasangan terbabit menandatangani surat nikah di hadapan wali hakim itu atau tidak kerana keadaan rumah tempat pasangan itu dinikahkan hanya diterangi oleh cahaya pelita kerana masih belum mendapat bekalan elektrik.

Siti Fatimah yang berasal dari Bukit Payong, Marang, berkahwin kali kedua selepas suaminya meninggal dunia.

Sementara menunggu pengesahan perkahwinannya dengan suami kedua dikeluarkan majlis agama Islam negara jiran, beliau berkahwin sekali lagi dengan lelaki lain menyebabkan suami keduanya membuat laporan polis.

Dia dipercayai menggunakan sijil kematian suami pertamanya untuk berkahwin dengan suami ketiga Muhamad Abdullah @ Mihandher Singh pada 28 Mac lalu. - Bernama

p/s: Di dunia ni satu2 kaum hawa yg kawin ramai adalah di tibet

Wednesday, September 17, 2008

Penangan Taufan Ike


Kekuasaan Allah s.w.t....

Good Work, Malaysian Taxi Drivers

Malaysia's 'worst in the world' taxis tarnish national image

The ads promoting "Malaysia: Truly Asia" aim to welcome visitors with a warm smile to a prosperous and modern nation, so the taxi fleet branded "the worst in the world" can come as a bit of a shock.

Even the locals are not spared the shabby service of unkempt and hostile drivers behind the wheels of decrepit vehicles who refuse to use the meter, overcharge and pick-and-choose which destinations they will travel to.

At the popular KLCC mall under Kuala Lumpur's iconic Petronas Twin Towers is a typical scene, as a gang of cabbies negotiate with a young Norwegian couple just metres from a signboard warning against "taxi touts".

"Flat rate, flat rate, no metre," one driver insists as the tourists try to find a cab to take them to their hotel, less than two kilometres (1.2 miles) away.

Anxious to escape the baking heat, they agree to pay 25 ringgit (7.22 dollars) for a trip that would have cost less than three ringgit on the meter.

"Is it expensive? We don't know, we thought it is normal here," said the woman as they piled in with their shopping bags.

More frequent visitors, however, are vocal in their criticism and say that aggressive and unprofessional drivers are tarnishing the nation's image as a squeaky clean and hospitable destination.

"I first visited Malaysia in 2006 and I was impressed by everything I saw except for the worst taxi service I have endured," said Kabir Dali, an Indian tourist waiting in vain for a metered taxi at another mall.

"I paid a whopping 260 ringgit (74 dollars) from the Kuala Lumpur International Airport to town and was later told that was twice the proper amount."

Complaints about taxis are common in many countries, but in Malaysia it has escalated to an outpouring of frustration, on blog sites and in letters to newspapers.

In a survey by the local magazine The Expat, some 200 foreigners from 30 countries rated Malaysia the worst among 23 countries in terms of taxi quality, courtesy, availability and expertise.

The respondents lashed the fleet as "a source of national shame" and "a serious threat to tourists -- rude bullies and extortionists".

Salvation is in sight though, as a number of smaller, up-scale operators enter the market to provide a more expensive but quality taxi service for frustrated visitors and locals.

The uniformed drivers, behind the wheels of smart new multi-purpose vehicles and sedans, switch on the meter as a matter of course and do not refuse destinations -- surprising and delighting commuters in the capital.

Abdul Razak, operations manager for Dubai-based Citicab which launched here in January, said that even in poorer nations such as Thailand and Indonesia, taxis are smarter and the drivers far more courteous.

"I would say it is the worst in this region, undoubtedly. I have travelled to all countries in this region and our company operates taxis in many parts of the world. The situation here is the worst I have seen," he told AFP.

"The vehicles are in shabby condition, the driver will take you if he likes your face -- that is, if he agrees with where you want to go for the price he insists on."

The government has called on taxi firms to lift their standards, but various campaigns have achieved little, and many blame the lack of enforcement on rampant corruption in the police and bureaucracy.

"It is difficult for the roads and traffic department to take stern action," said a security officer at one city mall as he watched the touts swoop.

"Taxi operators and the company which hold the licences are all linked to some politician or another," he said. "Drivers here are ruthless because they are unchecked by authorities who are almost non-existent."

John Koldowski, from the Pacific Asia Travel Association, said that "less than desirable" taxi drivers have an outsize impact on a nation's image.

"The first contact a tourist gets with locals is often during airport transits to hotels and it creates a very, very strong first impression, either be good or bad," he said.

"Authorities certainly need to do their jobs and act upon any complaints strongly, quickly and visibly."
__________________

Monday, September 15, 2008

PERKEMBANGAN SEHINGGA 12:00 PM: 16 Sept 2008



PERKEMBANGAN SEHINGGA 12:00 PM:

* KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang meletakkan jawatan sebagai anggota Kabinet semalam belum memutuskan sama ada keluar Umno ataupun menyertai PKR. Beliau masih bersikap terbuka dalam hal itu.

* PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin kerajaan BN akan kekal berkuasa di sebalik rancangan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan pada hari ini.

* PUTRAJAYA: Setelah pembangkang gagal untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara hari ini seperti yang digembargemburkan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan yang ada teguh dan masih meneruskan tugas, peranan dan kuasa yang diberikan oleh rakyat.

* PETALING JAYA: Mahkamah Persekutan hari ini menolak petisyen pilihan raya yang difailkan calon BN, Wan Sagar Wan Embong atas kemenangan Datuk Harun Taib (PAS) sebagai ADUN Manir.

* KANGAR: Umno Perlis tidak pernah membuat sebarang keputusan berhubung pelan peralihan kuasa antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak pada Jun 2010.

* PETALING JAYA: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengumumkan nama ahli-ahli Parlimen BN yang akan melompat parti di Ibu Pejabat PKR pukul 2 petang.

* KUALA LUMPUR: Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa, suami kepada penyanyi nombor satu negara, semalam menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah berkahwin dengan seorang pramugari, seperti yang tersebar di Internet baru-baru ini.

* KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim tetap akan meletak jawatan meskipun Perdana Menteri meminta beliau fikir semula keputusannya.

advert 2