PERKEMBANGAN SEHINGGA 12:00 PM:
* KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang meletakkan jawatan sebagai anggota Kabinet semalam belum memutuskan sama ada keluar Umno ataupun menyertai PKR. Beliau masih bersikap terbuka dalam hal itu.
* PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin kerajaan BN akan kekal berkuasa di sebalik rancangan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan pada hari ini.
* PUTRAJAYA: Setelah pembangkang gagal untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara hari ini seperti yang digembargemburkan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan yang ada teguh dan masih meneruskan tugas, peranan dan kuasa yang diberikan oleh rakyat.
* PETALING JAYA: Mahkamah Persekutan hari ini menolak petisyen pilihan raya yang difailkan calon BN, Wan Sagar Wan Embong atas kemenangan Datuk Harun Taib (PAS) sebagai ADUN Manir.
* KANGAR: Umno Perlis tidak pernah membuat sebarang keputusan berhubung pelan peralihan kuasa antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak pada Jun 2010.
* PETALING JAYA: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengumumkan nama ahli-ahli Parlimen BN yang akan melompat parti di Ibu Pejabat PKR pukul 2 petang.
* KUALA LUMPUR: Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa, suami kepada penyanyi nombor satu negara, semalam menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah berkahwin dengan seorang pramugari, seperti yang tersebar di Internet baru-baru ini.
* KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim tetap akan meletak jawatan meskipun Perdana Menteri meminta beliau fikir semula keputusannya.
Monday, September 15, 2008
PERKEMBANGAN SEHINGGA 12:00 PM: 16 Sept 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment