Face Book

Wan Mohd Shahir's Facebook profile

Wednesday, September 24, 2008

Masalah Sosial dan Keruntuhan Akhlak Remaja di Kuala Terengganu











gambar hanya lah hiasan semata - mata..

Apa yang berlaku? :

1.remaja jauh dari ajaran islam dan adat melayu
2.remaja tidak solat dan tidak berpuasa
3.remaja tidak menghormati masyarakat dan orang disekeliling
4.remaja semakin berani berpeleseran antara lelaki perempuan
5.remaja perempuan semakin berani mendedahkan aurat seperti memakai pakaian yang ketat, tidak bertudung atau bertudung tetapi tidak melabuhkan tudung di bahagian dada, memakai pakaian yang membentuk susuk badan dan mewarnakan rambut.
6.remaja berpelukan di atas moto tak kira siang dan malam.
7.remaja terjebak dengan dadah
8.remaja terlibat dalam lumba haram
9.remaja merempit
10.remaja terlibat dengan jenayah contoh curi moto, pecah rumah.

Kenapa ini terjadi:

1.kurang didikan agama
2.kurang perhatian daripada ibu bapa
3.masyarakat yang tidak prihatin dan cakna
4.tiada penguatkuasaan agama
5.kurang penguatkuasaan dari pihak berkuasa

kesan jangka pendek:

1.lebih ramai remaja yang berani melakukan maksiat secara terang terangan
2.lebih ramai remaja yang terjebak dengan dadah
3.remaja tidak malu dan tidak hormat kepada ibu bapa, orang yg lebih tua dan masyarakat sekeliling
4.remaja semakin jauh dari adat dan ajaran islam

kesan jangka panjang

1.lebih ramai remaja terlibat dengan zina
2.lebih ramai akan lahirkan anak luar nikah
3.jenayah buang bayi akan meningkat di kuala terengganu
4.perpecahan masyarakat
5.tuduh menuduh di antara satu sama lain
6.fitnah berleluasa
7.jenayah semakin meningkat
8.tiada lagi perpaduan
9.ajaran islam dan adat melayu semakin pupus
10.kaum melayu semakin mundur dari berbagai aspek dan tidak dihormati lagi
11.tiada maruah bagi umat islam dan kaum melayu
12.turun bala dari allah swt

bagaimana untuk menanangi masalah ini?

1.dekatkan anak – anak dengan agama bermula dari mereka kecil hingga mereka baligh
2.beri didikan agama yang mencukupi
3.ibu bapa harus memberi perhatian kepada anak – anak
4.ibu bapa harus meluangkan masa bersama anak – anak
5.pastikan ibu bapa tau dengan siapa anak – anak berkawan dan keluar bersama
6.pastikan ibu bapa tahu aktiviti anak – anak
7.tunjukkan teladan yang baik kepada anak – anak
8.masyarakat harus cakna akan hal remaja
9.masyarakat harus bimbing remaja ke jalan yang benar
10.nasihat menasihati di antara satu sama lain
11.bersama – sama mencegah kemungkaran

0 comments:

advert 2