KES JUVANA: Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Juvana Pekan selepas mengaku salah merogol neneknya.
PEKAN: Mahkamah Juvana di sini, semalam memerintahkan seorang remaja lelaki dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Henry Gurney di Melaka selama tiga tahun selepas didapati bersalah merogol neneknya yang cacat penglihatan berusia 71 tahun pada 19 Jun lalu.
Tertuduh yang berusia 16 tahun dan tidak bersekolah mengaku bersalah merogol nenek kandungnya hingga menyebabkan kecederaan pada kemaluan warga emas terbabit.
Majistret Sazlina Safie memerintahkan tertuduh yang juga anak ketiga daripada lapan beradik itu ditahan di sekolah terbabit berkuat kuasa semalam.
Mengikut pertuduhan, remaja terbabit didakwa merogol mangsa di bahagian dapur rumah mangsa yang turut didiaminya dekat sini antara jam 8 malam hingga 11 malam pada 19 Jun lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara antara lapan hingga 30 tahun dan sebatan.
Mengikut fakta kes, pada jam 12.45 malam 20 Jun lalu, mangsa dimasukkan ke Hospital Pekan kerana pendarahan pada kemaluan sebelum diziarahi anak mangsa berusia 51 tahun keesokannya.
Anak mangsa yang tidak yakin dengan alasan ibunya mendakwa terjatuh kemudian bertanyakan kepada anak saudaranya berusia tujuh tahun yang juga adik tertuduh.
Adik tertuduh memaklumkan dia melihat abangnya menolak mangsa hingga terlentang serta menutup mulut dan berada di atas mangsa.
Anak mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Pekan dan susulan laporan, remaja terbabit dipercayai bekerja sebagai konduktor bas, ditangkap pada kira-kira jam 6 petang 22 Jun lalu, di stesen bas Jalan Besar, Kuantan.
Difahamkan, tertuduh pernah dikenakan perintah tinggal sementara bersama saudaranya di Triang mengikut Seksyen 46, Akta Kanak-Kanak 2001, pada 9 Mei tahun lalu serta pernah disyaki meliwat adik sendiri berusia empat tahun, April tahun lalu.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Mohd Nor Affandy Yussof memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal terhadap kesalahan dilakukan tertuduh.
Sunday, September 21, 2008
Apa nak jadi.......?????
Posted by biskutliat at 8:17 PM
Labels: Alam dan Manusia, Jenayah Berat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment