Face Book

Wan Mohd Shahir's Facebook profile

Wednesday, April 1, 2009

Kisah Nasi Bungkus

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru
berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur
- Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik..
tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di
Ipoh ... cakap
pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali.
setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang di
sebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?"

Hari mulai malam dan anak itu masih terus
bertanya-tanya. Penumpang di sebelahnya menjawab..
"Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau
sampai saya akan kejutkan!"
Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan
bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,

"Pakcik.. sudah sampai Ipoh
ke belom?"

Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu
berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai
kat Ipoh ..
pasti dikejutkan.. !"

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur
nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran
lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak,
sehingga ketika sampai di Ipoh .. tidak ada seorang
pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor
Setar.. si anak masih tertidur dan tidak
bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si
anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang..

"Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni..
perlukan kita hantar semula anak ini?"

Para penumpang pun merasa bersalah kerana
turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak
kembali ke Ipoh ...
Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke
Ipoh ..

Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan.

"Nak! Sudah sampai di Ipoh !
cepat bangun!" Kata Pemandu..

Si anak bangun dan berkata..

"Oh sudah sampai ya!"

lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan
mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang
kehairanan.. . "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh ?"
tanya pemandu kebingungan.

"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di
Ipoh .. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

0 comments:

advert 2